Friday 30 November 2012

Lagi satu hari! :)

Assalamualaikum semua! :) Wah, pejam celik, pejam celik, hanya tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum hari Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! Ia bakal berlangsung pada hari Ahad ini! :) Wehee~ Tak sabarnya! :) Alhamdulillah... Amni sudah ada kawan yang Amni kenal dan pernah jumpa untuk teman Amni di sana nanti! Bukan seorang ya, tapi 3 orang! Wah, Gembiranya! Ehehe.... Siapa mereka berdua? Hurm... Mereka ialah Ammalyn Jasriena dan Alani Fatini! Yahoo~ Actually, Amni kenal dengan Ammalyn ni ketika di Perjumpaan Tahunan AinMaisarah pada tahun lepas! Alhamdulilah... Ammalyn tahun ini juga akan pergi ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! :) Hurm... Alani Fatini pula merupakan jiran Amni ketika di rumah lama Amni dulu... :) Amni baru sahaja tahu yang Alani Fatini, atau lebih mesra dipanggil Nini akan pergi ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah itu hari ini! Wah, gembira betul! :) Lagi seorang ialah kawan baik Amni, that is Irene Rusydyna! Wehee~ BFF Amni yang satu tu al last pergi juga! :) Tak sabar sesangat! :) 

  Oklah! Sampai di sini sahaja AMni berceloteh... Nanti bila sudah habis aktiviti di Perjumpaan Tahunan AinMaisarah... Amni akan cerita semuanya di sini ya... :) In Shaa Allah.. Baiklah, sampai di sini sahaja... Assalamualaikum! :)

Wednesday 28 November 2012

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah!

*Klik Untuk Tumbesaran! :) *
Assalamualaikum semua! :) Wah... pejam celik, pejam celik, hanya tinggal lebih kurang 3 hari sebelum hari Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! :) Wah, tidak sabar ni! Hehehe... but, before that, kita mesti sediakan CHECKLIST betul tidak? Tidak lah nanti kita kelam-kabut mahu ingat apa yang kita mahu bawa! :) So... this is MY checklist :-

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah

1. Buku Tandatangan
2. Pen (Mesti yang ada dakwat! Jika sudah hendak habis, silalah cari yang lain ya? )
3. Telekung (Mesti bawa! Nanti hendak solat senang, betul tidak? )
4. Duit untuk beli buku... (Itu sudah semestinya wajib! Jika tidak, alamat tidak membeli bukulah jawabnya! :3 )
5. Baju Sukan (Bagi yang datang pakai dress, jubah and etc. . Tapi, kalau hendak bersukan dalam dress atau jubah itu pun tak ada masalah! Amni rasanya hendak bawa baju sukan lah... Bebas sedikit hendak bersukan, betul tidak? ;) )
6. Beg Make-up . (Yang ini tidak wajib sebenarnya! Tapi sudah semestinya wajib bagi kaum Hawa, betul? Sebab sudah semestinya kaum Hawa mahu kelihatan cantik sentiasa! :) )
7. Botol Air ( Bagi Amni wajib! Sebab Amni ni memang kuat minum air! :) )
8. Kamera ( Bagi sesiapa yang mahu mengambil gambar... Amni pun mahu bawa juga! )
9. Telefon Bimbit (Wajib! Supaya senang untuk contact dengan ibubapa jika sudah habis aktiviti atau sudah tersesat! xD )
10. Skrip untuk ujibakat suara (Siap-siap cetak dulu... supaya nanti semasa dalam perjalanan boleh praktis dahulu! :) )

  Baiklah! Rasanya, sepuluh itu sahaja buat sementara ini... Nanti kalau ada apa-apa tambahan, Amni tambah lah... :3 Assalamualaikum ! :)

Monday 26 November 2012

Official MV for Sahabat

Assalamualaikum you guys! Eh, jom tengok video dekat atas ni! Best tau! Ini merupakan music video unutk lagu Sahabat hasil nyanyian NajwaLatif, SyamKamarul & Sleeq. Best sangat! So, kepada semua peminat2 NajwaLatif, SyamKamarul or Sleeq tu, memang wajib tengok! =) So, enjoy ya! :)

Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat!


Di beberapa laman sosial ketika ini, kecoh mengatakan yang penyanyi, Yuna membuka tudung semasa berada di Amerika.
Tetapi jangan salah faham kerana itu semua adalah terjadi secara tidak sengaja.
Sebenarnya tudung Yuna terlucut daripada kepala sewaktu dia sedang melompat untuk merakamkan gambar.
Anda semua pun tahu yang Yuna memang tidak pernah berpisah dengan camera.
Ada saja momen-momen indah yang ingin dirakamnya. Sebab itulah dia dipilih sebagai duta Canon.
Sementara itu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia menjalani satu sesi fotografi di kawasan berpasir dan berangin.
Ketika melakukan lompatan, dengan tidak sengaja tudung Yuna tertanggal sehingga menampakkan rambutnya.
Namun demikian jika diamati pada gambar berkenaan, pakaian Yuna amat berbeza dengan gambar yang pertama dan kedua.
Malah gambar itu tidak langsung menampakkan wajah Yuna.
Tidak pasti sama ada terdapat sesetengah individu yang ingin mensabotaj Yuna atau sebaliknya.
Apa-apa jika benar ia adalah Yuna, diharapkan selepas ini dia akan lebih berhati-hati.



P.S. Jika dilihat betul-betul gambar Yuna dan gambar tudung itu terlucut, gaya kasut, baju amat lain! Malah, gambar Yuna ada jaket diikat dipinggang, tetapi gambar dibawah? ada ke? hurm... tak ada pun, betul tak?

Monday 19 November 2012

Tahniah buat Diana & Farid Kamil!

Assalamualaikum korang! Wah, baru beberapa minggu lalu mereka berkahwin, kini, sudah disahkan mengandung? Hurm... Cepat juga ya! >_<

  Baru sahaja tadi, Diana Danielle mengumumkan melalui Twitter yang dia disahlan secara tidak rasmi bahawa di sudah mengandung. Nak tengok tak gambar dia? ha... meh sini, dekatkan sikit muka tu dengan skrin ni... dekat lagi, dekat lagi.. Ha.. okay, meh tengok!

Wah.. nampak tak, nampak tak? ;) Okay, ada lagi tau...

Ha... mesti diaorang berdua tengah senyum sampai ke telinga ni... Insya Allah, nanti, mesti kita dapat tengok anak Diana & Farid yang mesti comel tu! ^__^ okay lah, Amni nak cari info lagi, so, Amni stop samapi di sini dahulu.. But, before that, I wanna wish to Diana & Farid Congrats! ^__^ Dapatkan anak yang comel tau! =) Assalamualaikum! <3

Thursday 1 November 2012

Dalam Hati ada Taman!


Assalamualaikum semua! Apa khabar? ^__^ Okay, siapa minat Randy Pangalila or Elfira Loy? Mesti korang tak akan terlepas nak tengok cerita Dalam Hati ada Taman, bukan?

  Para pelakon yang telah bekerjasama untuk menjayakan drama ini ialah :- Randy Pangalila, Elfira Loy, Amy Mastura, Hanez Suraya, Amar Asyraf, Didie Alias, Sharifah Sakina, Liza Abdullah, Faizal Hussien & ramai lagi.

Sinopsis cerita Dalam Hati ada Taman :-
  Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella(Elfira) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.  Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea(Hanez Suraya).
Ha... korang semua mesti tengok cerita ini ya! Best tau! ^__^ Oklah, Assalamualaikum =)