Wednesday 28 November 2012

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah!

*Klik Untuk Tumbesaran! :) *
Assalamualaikum semua! :) Wah... pejam celik, pejam celik, hanya tinggal lebih kurang 3 hari sebelum hari Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! :) Wah, tidak sabar ni! Hehehe... but, before that, kita mesti sediakan CHECKLIST betul tidak? Tidak lah nanti kita kelam-kabut mahu ingat apa yang kita mahu bawa! :) So... this is MY checklist :-

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah

1. Buku Tandatangan
2. Pen (Mesti yang ada dakwat! Jika sudah hendak habis, silalah cari yang lain ya? )
3. Telekung (Mesti bawa! Nanti hendak solat senang, betul tidak? )
4. Duit untuk beli buku... (Itu sudah semestinya wajib! Jika tidak, alamat tidak membeli bukulah jawabnya! :3 )
5. Baju Sukan (Bagi yang datang pakai dress, jubah and etc. . Tapi, kalau hendak bersukan dalam dress atau jubah itu pun tak ada masalah! Amni rasanya hendak bawa baju sukan lah... Bebas sedikit hendak bersukan, betul tidak? ;) )
6. Beg Make-up . (Yang ini tidak wajib sebenarnya! Tapi sudah semestinya wajib bagi kaum Hawa, betul? Sebab sudah semestinya kaum Hawa mahu kelihatan cantik sentiasa! :) )
7. Botol Air ( Bagi Amni wajib! Sebab Amni ni memang kuat minum air! :) )
8. Kamera ( Bagi sesiapa yang mahu mengambil gambar... Amni pun mahu bawa juga! )
9. Telefon Bimbit (Wajib! Supaya senang untuk contact dengan ibubapa jika sudah habis aktiviti atau sudah tersesat! xD )
10. Skrip untuk ujibakat suara (Siap-siap cetak dulu... supaya nanti semasa dalam perjalanan boleh praktis dahulu! :) )

  Baiklah! Rasanya, sepuluh itu sahaja buat sementara ini... Nanti kalau ada apa-apa tambahan, Amni tambah lah... :3 Assalamualaikum ! :)

No comments:

Post a Comment