Showing posts with label Ceritaku. Show all posts
Showing posts with label Ceritaku. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah!

*Klik Untuk Tumbesaran! :) *
Assalamualaikum semua! :) Wah... pejam celik, pejam celik, hanya tinggal lebih kurang 3 hari sebelum hari Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! :) Wah, tidak sabar ni! Hehehe... but, before that, kita mesti sediakan CHECKLIST betul tidak? Tidak lah nanti kita kelam-kabut mahu ingat apa yang kita mahu bawa! :) So... this is MY checklist :-

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah

1. Buku Tandatangan
2. Pen (Mesti yang ada dakwat! Jika sudah hendak habis, silalah cari yang lain ya? )
3. Telekung (Mesti bawa! Nanti hendak solat senang, betul tidak? )
4. Duit untuk beli buku... (Itu sudah semestinya wajib! Jika tidak, alamat tidak membeli bukulah jawabnya! :3 )
5. Baju Sukan (Bagi yang datang pakai dress, jubah and etc. . Tapi, kalau hendak bersukan dalam dress atau jubah itu pun tak ada masalah! Amni rasanya hendak bawa baju sukan lah... Bebas sedikit hendak bersukan, betul tidak? ;) )
6. Beg Make-up . (Yang ini tidak wajib sebenarnya! Tapi sudah semestinya wajib bagi kaum Hawa, betul? Sebab sudah semestinya kaum Hawa mahu kelihatan cantik sentiasa! :) )
7. Botol Air ( Bagi Amni wajib! Sebab Amni ni memang kuat minum air! :) )
8. Kamera ( Bagi sesiapa yang mahu mengambil gambar... Amni pun mahu bawa juga! )
9. Telefon Bimbit (Wajib! Supaya senang untuk contact dengan ibubapa jika sudah habis aktiviti atau sudah tersesat! xD )
10. Skrip untuk ujibakat suara (Siap-siap cetak dulu... supaya nanti semasa dalam perjalanan boleh praktis dahulu! :) )

  Baiklah! Rasanya, sepuluh itu sahaja buat sementara ini... Nanti kalau ada apa-apa tambahan, Amni tambah lah... :3 Assalamualaikum ! :)

Tuesday, 30 October 2012

Ujibakat AUDIOBOOK!

Assalamualaikum semua! ^__^ Ha... cuba korang tengok video dekat atas tu... Korang tahu tak video ni mengenai apa? Okay, firstly, Amni nak tanya ni, korang ni kenal tak penulis remaja terkenal masa kini, Ain Maisarah? Actually, Amni ni kira peminat setia Kak Ain jugalah... ^_^ Siapa AinMaisarah? Haish, takkan korang tak kenal kot? Ni, kalau korang tak kenal dia, korang boleh pergi sini untuk mengenali AinMaisarah dengan lebih dekat =) ----> FanPage Rasmi AinMaisarah . Korang pun boleh pergi ke blog AinMaisarah untuk mengenali AinMaisarah ye... ---> Rumah Pink AinMaisarah . Korang pun boleh pergi ke kedai buku Popular atau MPH untuk membeli novel-novel yang ditulis oleh AinMaisarah! Best tau novel-novel dia! Meletup gitu~!

OKlah, back to the topic ya. Sebenarnya, Amni letak video ni sebab BlinkBook, iaitu syarikat pengeluaran buku AinMaisarah nak keluarkan AudioBook. (Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu AudioBook, sila rujuk kepada video di atas ya! ) Anyway, sebenarnya syarat nak masuk video ni mesti ada intonasi bercerita yang baik, Pitch yang sesuai yang boleh menghayati watak itu dengan baik. Bagi yang berminat tu, mesti berumur dikalangan 10 hingga 17 tahun sahaja ya! Mana yang berumur 18+ tu tidak boleh ya!

Amni sebenarnya berminat nak masuk pertandingan ni. Kenapa? Sebab Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat ni... (ceh, perasan! >_<)  Kenapa Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat tu? Sebab Amni dulu pernah masuk pertandingan bercerita. And Amni dapat No.4, so sebab tulah Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat tu. Lagipun, ujibakat tu kan macam bercerita juga. Cuma ujibakat ni tak perlu nak kejar masa macam bercerita =) Lagipun, kalau terpiih, dapat ganjaran tau! Apa ganjarannya? Ish, ish, ish... tak kan tak tahu? Of Courselah "Ka Ching, Ka Ching!" hahaha... Duitlah! Dapat gaji! Memang terbaiklah! ^__^ So, kepada sesiapa yang berminat tu, apa tunggu lagi, cepat-cepatlah buat video tu dan upload ke dalam Youtube or Fanpage Official AinMaisarah! PERINGATAN! sebelum upload video korang tu, mesti pastikan page yang korang nak upload video tu merupakan Fanpage RASMI AinMaisarah ya!  Ini rupa Fanpage RASMI AinMaisarah ---->


Oklah, Amni nak pergi buat video tu. ^_^ Goo Luck kepada sesiapa yang nak masuk ya.. May the best person win! <3 Assalamualaikum ... =)

Friday, 26 October 2012

Hari Raya Aidiladha =)

Assalamualaikum semua! Amni nak tanya sikit, korang semua Raya Aidiladha ni ada pergi mana-mana tak? =) Mesti ada yang balik kampung kan? Best lah korang... Amni tak dapat nak balik kampung sebab papa Amni ada seminar dekat KL sampai hari Khamis hari tu. Jadi, Amni tak dapat nak travel balik JB... huhuhu.. Tapi, at least Amni dapat pergi KL, jumpa dengan family Mak Long =) . Lagi best sebab anak saudara Amni, iaitu Noah Rizq ada sekali tau! Comel sangat dia tu! Yang gambar dekat atas tu lah Noah Rizq atau kitaorang panggil dia Abang Noah! ^__^

 Comel kan? Amni tahu... Hahaha... Noah kan, dia suka sangat terbeliakkan mata dia. Tadi masa Amni datang, dia tengah mengantuk, tapi dia tetap terbeliak kan mata dia... COMEL sangat! ^___^





Comel bukan? oklah... Amni undur diri dulu ya! Assalamualaikum semua! ;)

Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum semua! ;) Apa khabar? OK, Amni nak tanya sikit ni. Korang semua mesti dah ambil Peperiksaan Akhir Tahun, betul tak? Ada tu dah dapat keputusan dah, betul tak?
  Mana yang dah dapat keputusan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) tu, Seppp sikit! Ha... Amni pun dah dapat keputusan PAT Amni. Markahnya tu, nak kata memuaskan tu taklah, tapi Alhamdulillah, markah Science Cina Amni nak bertambah bagus. Dulu, markah Science Cina Amni 80% or lebih. Malah, kadang-kadang 70% lebih! Teruk kan? Tapi kali ni, Amni dapat 96%! WOW! Tapi, ada juga budak yang dapat 100% sebab peperiksaan Science Cina kali ini senang sangat! Tapi tulah, Amni cuai. Kalau tak, Amni mesti dah dapat 100% dah... =(
  Anyway, Amni peperiksaan akhir tahun dapat No.4 dalam kelas! Alhamdulillah... =) Tapi sebenarnya, yang lagi menggembirakan ialah, Amni dapat No. 39 seluruh darjah. Insyaallah , kalau tahun depan sekolah Amni tak ada buat apa-apa perubahan, Amni dapat masuk kelas 6P, iaitu kelas No.1 di sekolah Amni! Wah, bangganya! >__<

OKlah... setakat ini sahaja Amni berceloteh ya! =) Jumpa lagi di dalam post yang akan datang! ^___^ Assalamualaikum ...