Tuesday 30 October 2012

Ujibakat AUDIOBOOK!

Assalamualaikum semua! ^__^ Ha... cuba korang tengok video dekat atas tu... Korang tahu tak video ni mengenai apa? Okay, firstly, Amni nak tanya ni, korang ni kenal tak penulis remaja terkenal masa kini, Ain Maisarah? Actually, Amni ni kira peminat setia Kak Ain jugalah... ^_^ Siapa AinMaisarah? Haish, takkan korang tak kenal kot? Ni, kalau korang tak kenal dia, korang boleh pergi sini untuk mengenali AinMaisarah dengan lebih dekat =) ----> FanPage Rasmi AinMaisarah . Korang pun boleh pergi ke blog AinMaisarah untuk mengenali AinMaisarah ye... ---> Rumah Pink AinMaisarah . Korang pun boleh pergi ke kedai buku Popular atau MPH untuk membeli novel-novel yang ditulis oleh AinMaisarah! Best tau novel-novel dia! Meletup gitu~!

OKlah, back to the topic ya. Sebenarnya, Amni letak video ni sebab BlinkBook, iaitu syarikat pengeluaran buku AinMaisarah nak keluarkan AudioBook. (Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu AudioBook, sila rujuk kepada video di atas ya! ) Anyway, sebenarnya syarat nak masuk video ni mesti ada intonasi bercerita yang baik, Pitch yang sesuai yang boleh menghayati watak itu dengan baik. Bagi yang berminat tu, mesti berumur dikalangan 10 hingga 17 tahun sahaja ya! Mana yang berumur 18+ tu tidak boleh ya!

Amni sebenarnya berminat nak masuk pertandingan ni. Kenapa? Sebab Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat ni... (ceh, perasan! >_<)  Kenapa Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat tu? Sebab Amni dulu pernah masuk pertandingan bercerita. And Amni dapat No.4, so sebab tulah Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat tu. Lagipun, ujibakat tu kan macam bercerita juga. Cuma ujibakat ni tak perlu nak kejar masa macam bercerita =) Lagipun, kalau terpiih, dapat ganjaran tau! Apa ganjarannya? Ish, ish, ish... tak kan tak tahu? Of Courselah "Ka Ching, Ka Ching!" hahaha... Duitlah! Dapat gaji! Memang terbaiklah! ^__^ So, kepada sesiapa yang berminat tu, apa tunggu lagi, cepat-cepatlah buat video tu dan upload ke dalam Youtube or Fanpage Official AinMaisarah! PERINGATAN! sebelum upload video korang tu, mesti pastikan page yang korang nak upload video tu merupakan Fanpage RASMI AinMaisarah ya!  Ini rupa Fanpage RASMI AinMaisarah ---->


Oklah, Amni nak pergi buat video tu. ^_^ Goo Luck kepada sesiapa yang nak masuk ya.. May the best person win! <3 Assalamualaikum ... =)

Friday 26 October 2012

Tersalah Cinta, telemovie special Aidiladha.

 Assalamualaikum semua~ OK, Amni nak tanya sikit, siapa sekarang ni tengah tengok cerita "Tersalah Cinta" di TV3? Untuk pengetahuan semua, cerita "Tersalah Cinta" ni sebenarnya sambungan untuk cerita "Oh, Haram!" =) Sebenarnya, masa Amni mula-mula tengok cerita, Amni tengok biasa-biasa je. Tapi bila lama sikit, Amni terus macam terlekat terus dekat situ.

  Pelakon utama dalam cerita ni ialah Nazim Othman, Aqasha, Neelofa, Johan Asari and Rita Rudaini. =) Nak tahu sinopsisnya? Silakan baca ya... =) 

Sinopsis Tersalah Cinta :-

Rahimi (Aqasha) bekerja sebagai mutawif di sebuah agensi umrah.Isterinya Farhana sedang sarat mengandung. Rombongan umrah kali ini menguji keimanan Rahimi di mana dia digoda gadis bernama Cinta (Neelofa)  yang menyertai rombongan selepas putus tunang, Zahren (Nazim Othman) adalah seorang pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Mekah untuk bercuti. Mampukan Rahimi menahan diri daripada digoda oleh Cinta. 

Kepada yang belum tengok tu, mesti tengok! Sure boleh buat korang ketawa terkekek! Amni ketawa disebabkan gelagat Neelofa panggil Aqasha dengan panggilan Uxtaz dengan penuh menggoda... And also gelagat Johan Asari yang memang betul-betul kelakar lah! Not to forget, Gelagat Nazim Othman yang berlagak cool tapi sebenarnya clueless... memang terbaik~! =) Aqasha pun kelakar sangat! Sikit-sikit, Haram! Sikit-sikit Haram! Bahkan anaknya nak dengar lagu Selena Gomez pun dia kata "Haram!" ! Biar betul dia ni...?! o_0  OKlah, Amni nak enjoy cerita ni dulu ya! Assalamualaikum semua! ^___^ 

Hari Raya Aidiladha =)

Assalamualaikum semua! Amni nak tanya sikit, korang semua Raya Aidiladha ni ada pergi mana-mana tak? =) Mesti ada yang balik kampung kan? Best lah korang... Amni tak dapat nak balik kampung sebab papa Amni ada seminar dekat KL sampai hari Khamis hari tu. Jadi, Amni tak dapat nak travel balik JB... huhuhu.. Tapi, at least Amni dapat pergi KL, jumpa dengan family Mak Long =) . Lagi best sebab anak saudara Amni, iaitu Noah Rizq ada sekali tau! Comel sangat dia tu! Yang gambar dekat atas tu lah Noah Rizq atau kitaorang panggil dia Abang Noah! ^__^

 Comel kan? Amni tahu... Hahaha... Noah kan, dia suka sangat terbeliakkan mata dia. Tadi masa Amni datang, dia tengah mengantuk, tapi dia tetap terbeliak kan mata dia... COMEL sangat! ^___^





Comel bukan? oklah... Amni undur diri dulu ya! Assalamualaikum semua! ;)

Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum semua! ;) Apa khabar? OK, Amni nak tanya sikit ni. Korang semua mesti dah ambil Peperiksaan Akhir Tahun, betul tak? Ada tu dah dapat keputusan dah, betul tak?
  Mana yang dah dapat keputusan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) tu, Seppp sikit! Ha... Amni pun dah dapat keputusan PAT Amni. Markahnya tu, nak kata memuaskan tu taklah, tapi Alhamdulillah, markah Science Cina Amni nak bertambah bagus. Dulu, markah Science Cina Amni 80% or lebih. Malah, kadang-kadang 70% lebih! Teruk kan? Tapi kali ni, Amni dapat 96%! WOW! Tapi, ada juga budak yang dapat 100% sebab peperiksaan Science Cina kali ini senang sangat! Tapi tulah, Amni cuai. Kalau tak, Amni mesti dah dapat 100% dah... =(
  Anyway, Amni peperiksaan akhir tahun dapat No.4 dalam kelas! Alhamdulillah... =) Tapi sebenarnya, yang lagi menggembirakan ialah, Amni dapat No. 39 seluruh darjah. Insyaallah , kalau tahun depan sekolah Amni tak ada buat apa-apa perubahan, Amni dapat masuk kelas 6P, iaitu kelas No.1 di sekolah Amni! Wah, bangganya! >__<

OKlah... setakat ini sahaja Amni berceloteh ya! =) Jumpa lagi di dalam post yang akan datang! ^___^ Assalamualaikum ...

Tuesday 23 October 2012

Random Giveaway by Anis!

  Assalamualaikum semua! Wah! Blog ni ada buat Random Giveaway lah! Bestnya! o_0 Okay, sebenarnya, Amni nak join tau GA ni. Kenapa? Sebab hadiah nya banyak! o_0 Siapa yang buat GA ni? Orang yang Buat GA ni ialah Cik Puan Anis Najiha . =) Kalau korang semua nak join, jemputlah ke blog Anis sendiri untuk tengok syarat-syaratnya dan hadiah nya ya! ;)  Oklah, Amni tulislah ya apa syarat-syaratnya dan hadiahnya ya! ;)


Syarat-syarat nak join :

1. Warganegara Malaysia. Kalau Afrika ke, Negrito ke, Amirikaaa ke, Brazil ke tak akan dilayan ! xp

2. Mempunyai blog dan akaun Facebook.

3. Wajib follow and like penganjur dan sponsor

4. Wajib like comment Anis di sini lah

5. Buat entry bertajuk " Random Giveaway "

6. Tempekkan banner di entry dn sidebar

7. Tinggalkan link di kotak komen atau di  sini lah !

Senarai Sponsor dan hadiah

LOMO=Cute Catch like page
MHB ID for 1 year=Miraa Hussin like page
Purse or=Branded Bag Outlet like page 
1 rantai buah + rantai=Jaja Sutera like page|like page|follow|follow
Baucer rm5=Ria Lovely Style like page 
Topup rm5X2,Doodle2=Leya Casandra klik
Shawl=Butikpinkku like page 
Topup rm5,tudung=Koleksi Dhurah like page 
Hadiah Misteri= Iera Nad
Header BersambungX3=Anis Najiha
Headerx3,watermarkx2=Fatimah Azzarah


OKlah... Selamat Membaca ya! ;) Assalamualaikum semua!

Sunday 21 October 2012

Simple Header 1

Assalamualaikum semua! Hari ini Amni ingin bagi header percuma untuk semua~! Dah siap transparent ya! Harap korang semua suka!


Cantik tak? Amni tahu tak cantik sangat! Itupun Amni baru belajar lagi... Nanti Amni bagi freebies lagi ye! Assalamualaikum~!

IU pernah gagal 20 uji bakat sebelum popular!

Assalamualaikum semua! Hari ini, Amni ingin bercerita mengenai IU yang sekarang ni boleh tahan popular juga! Sebenarnya, korang tahu tak yang IU sebeum popular pernah gagal dalam 20 uji bakat! WOW! o_0 OKlah, kepada para peminat IU, Amni nak kongsikan sedikit mengenai IU ya! Sila duduk diam-diam di hadapan skrin komputer atau laptop anda dan baca! ^___^

Mini Biodata:-
Nama:- Lee Ji Eun
Nama Pentas:- IU
Tarikh Lahir:- 16 May 1993
Tempat Lahir:- Seoul, Korea
Kerjaya:- Penyanyi dan pelakon
Tinggi:- 165 cm
Berat:- 47kg (WOW! 47kg je? Amni darjah 5 pun sudah 40 kg! Ops... terlepas pula... ehehe... o_0 )

Trivia:-
1) Lee Ji Eun atau lebih dikenali sebagai IU adalah artis yang sangat berbakat dan mula terlibat dalam bidang seni sejak dari tahun 2008.
2) Kerjayanya bermula sebagai penyanyi dan album 'Lost and Found' adalah 'buah hati' pertama untuk peminatnya.
3) Nama IU diambil dari singkat 'I' dan 'You' yang membawa maksud kita boleh bersatu melalui muzik.
4) IU mula menjinakkan diri dengan bidang lakonan dengan membintangi beberapa drama seperti Dream High dan Welcome to the Show.
5) Tahun 2012 menyaksikan IU berlakon dalam drama Dream High 2.
6) 'Missing Child' adalah lagu daripada album pertama yang melonjakkan nama IU di persada seni hiburan.
7) Pernah menjadi jurucakap untuk beberapa jenama seperti Guess, Samsung dan The Saem.
8) Dipilih menjadi DJ sambilan selama dua minggu bersama Ahli kumpula B2ST, Doojuoon.
9) Dalam drama Dream High, IU memegang watak sebagai Kim Pil Suk.
10) IU mengakui dia merupakan seorang yang pemalu namun semuanya hilang sebaik berada di atas pentas.

OKlah, ni, Amni nak kongsikan sedikit gambar-gamabr IU yang Amni pinjam dari Encik Google & Puan Tumblr ^__^ Enjoy~!




OKlah! Assalamualaikum semua! Jumpa lagi dalam post yang akan datang ya! ^___^

Thursday 18 October 2012

Tutorials & Freebies site for TheBloggie

Assalamualaikum semua~! Dekat sini, Amni akan listkan tutorials & freebies yang Amni dah buat ye.. Kalau korang nak guna boleh, tapi... lepas korang guna tu, creditlah dekat Amni ya! Oh ya, lagi satu, Sebelum korang ambil apa-apa dari blog Amni, sila comment dahulu ya! Or not, I'll make suffer in shame! No kidding ya! Okay, silakan baca... =)

Freebies
1) Simple Header 1 (new)
2) Simple Header 2


Tutorials
1) Cara nak download FB skins

Shila Amzah cantik bertudung~!

Assalamualaikum semua~! Hmm, Amni nak tanya sikit, korang semua kenal tak siapa wanita di dalam gamabar di atas tu? Kepada sesiapa yang tidak kenal, dia lah Shila Amzah! Dia telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan memenangi pertandingan Asian Wave baru-baru ini di ShangHai, China. Tetapi, untuk post kali ini, Amni sebenarnya ingin berkongsi sedikit gambar Shila Amzah yang manis bertudung. Dia yang baru sahaja bertudung pada bulan Ramadhan yang lalu, sudah pandai menggayakan hijab dengan gaya yang cantik. Simple but beautiful. =)









  Cantik bukan Kak Shila Amzah ni? Kalau sebelum bertudung dia dah cantik, bila dah bertudung mesti teramat cantik, betul tak? Anyway, to Kak Shila, congratz ya sebab menang pertandingan Asian Wave~ Shilalas always~! Hahaha... OKlah.. Assalamualaikum semua!

Picture Credits to :- Facepage Official Shila Amzah

Eunjung saman produser Five Fingers!

Assalamualaikum semua~! Hmm... Amni nak tanya sikit ni...Korang semua kenal tak gambar siapa yang Amni letak ni? Hmm, Amni rasa kepada sesiapa yang minat K-pop tu mesti kenal, betul tak? Kepada sesiapa yang tak kenal siapa dia ni, tak apa, biar Amni kenal kan. Dia ni Eunjung, salah satu anggota T-ara. Sebenarnya, Amni ni bukan lah minat sangat dengan K-pop ni. Cuma sebenarnya Amni terlihat tajuk ni dekat surat khabar :- "Eunjung saman produser Five Fingers." ... Masa Amni baca ni, terus Amni rasa tajuk ni sesuai untuk dijadikan tajuk post terbaru untuk TheBloggie. So, ceritanya macam ni...

Amni pasti semua peminat K-drama sudah sedia maklum mengenai anggota T-ara, Eunjung digugurkan daripada drama SBS, Five Fingers walaupun difahamkan sudah menghadiri sesi membaca skrip dan sidang akhbar memperkenalkannya sebagai pemegang utama wanita.

  Pengguguran Eunjung daripada drama itu dipercayai ada kaitan dengan kontervesi pengguguran penyanyi rap T-ara, Hwayong daripada kumpulan tersebut yang turut dikaitkan dengan isu buli.

  Difahamkan Eunjung cukup tertekan dengan pihak penerbitan drama tersebut menggugurkannya tanpa notis awal. Justeru, tidak hairanlah apabila artis itu baru-baru ini memfailkan saman terhadap produser drama tersebut.

  "Kita mengambil keputusan memfailkan saman kerana pengguguran Eunjung daripada Five Fingers pada Ogos lalu. Ia bukan soal wang, namun yang lebih penting adalah memulihkan reputasi Eunjung dan mendapatkan gantirugi atas kredibilitinya yang terjejas," ujar agensinya, Core Contents Media (CCM) kepada My Daily.

  Tambah CCM: "Eunjung sudah cukup terluka denga kontroversi yang melanda T-ara dan penggugurannya daripada drama ini memburukkan lagi kenderaan. Dia telah berlakon sejak kecil dan tidak pernah menghadapi keadaan seumpama ini sebelumnya. Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang dan mengembalikan reputasi Eunjung, kita memutuskan untuk menyaman pihak terlibat."

  Difahamkan Persatuan Selebriti Korea turut menyokong tindakan Eunjung dan memantau keadaan. Eunjung  sepatutnya menjalani penggambaran drama itu pada 22 Ogos, tetapi tiba-tiba dia digugurkan tanpa sebarang notis. Wataknya kemudian digantikan oleh heroin Bridal Mask, Jin Se Yeon.

  OKlah... sampai di sini sahaja Amni berceloteh. Nanti Amni cerita lagi ya? Tapi mengenai benda lain lah pulak~! ;) Assalamualaikum~! <3

Friday 12 October 2012

Pelancaran TheBloggie!

Assalamualaikum semua! Hmm... Amni nak tanya sikit, hari ini berapa hari bulan ye? Hmm... kalau tak silap Amni hari ini 12 October, betul tak? Tahun pula, mestilah tahun 2012 betul tak? Takkan lah tahun 2013 pulak.. =.=

   OKlah, sebenarnya, Hari ini, Amni ingin melancarkan blog Amni ini yang diberi nama TheBloggie.. ^___^ Oh! Excitednya! Tak sabarnya! Gembiranya! Ohohoho...

  Amni harap, ramai orang akan baca blog Amni yang biasa-biasa ini sahaja... =) Okaylah... Nanti Amni update lagi ya! Assaamualaikum semua!