Monday 3 December 2012

Perjumpaan Tahunan AinMaisarah 2012! (Part 1)


Assalamualaikum semua! Alhamdulillah... hari ini, Amni sedang tersenyum hingga ke telinga! Rasanya, sudah tidak nampak muka sudah! Ahaks....

  Apa sebabnya? Ha... sudah semestinya disebabkan aktivit yang Amni sertai semalam! :) Aktiviti apa tu? Ha... cuba teka, cuba teka! *Hish, sudah-sudahlah main teka-teki tu... :3 * Okey, okey, Amni bagitahu... Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! Hah, aktiviti inilah yang membuatkan Amni sekarang ini tersenyum lebar sehingga ke telinga! ^____________________^

  Semalam, Amni berjumpa dengan ramai kawan baharu! Seronok sangat! :)) Macam-macam keranah semuanya! Tetapi, yang paling penting sekali, semuanya ceria dan pakai warna 'PINK'! ^___^  But semalam yang Amni sempat berkenalan is dengan semua ahli rumah MERAH! MERAH MARA! *Itulah tagline rumah Merah yang dikatakan seperti tagline 1 Malaysia oleh Tuan Syaizul Amal... hurm... :3 * Ehehee... Tetapi, dekat sana Amni paling rapat dengan Irene Rusydyna (Irene), Nazatul Najiha (Najiha/Jiha) & Kak Aiza Farisha (Kak Aiza/Kak Za)... ^___^ ehhee... Sporting sangat diaorang ni! Tetapi yang lain pun sporting juga! ^_____^ Weeheee~ Okeylah, sudah-sudahlah Amni berceloteh... Amni hendak bagi korang semua tengok gambar semasa di perjumpaan semalam... :) But jyeeaahh... gambar tu semua bukan Amni yang tangkap lah. Gambar tu Amni ambil dari Page AinMaisarah Novelis! Ehheee... Harap Kak Ain tak marah ya... ;)

Amni, Irene & Kak AinMaisarah! :)) Seronok sangat! 


Keriuhan melanda! xD 


Kuning, Kuning, Kuning! Fuh~
Merah Mara! ^____^ Merah, forever and always~ :)

Hijau Go Go Go!
Rumah Biru yang Malu tapi Mahu! ^___^

Amni dengan Kak AinMaisarah Novelis~ #IMANERD! ^___^
Kak Aiza Farisha with Kak AinMaisarah Novelis~ Miss Glamourous tu, jangan main-main... xD 
Rumah Merah yang AWESOME! ^______^
Rumah Hijau, si pejuang GAZA! :) 
Rumah Kuning yang COOL sentiasa! Ehehe~ 
Rumah Biru yang Malu, tapi Mahu!


Okeylah! Rasanya cukuplah Amni upload gambar untuk entri kali ini... :) Sebentar lagi Amni akan post gambar lagi dalam entri yang seterusnya ya? ;) Assalamualaikum semua! Wehee~

Friday 30 November 2012

Lagi satu hari! :)

Assalamualaikum semua! :) Wah, pejam celik, pejam celik, hanya tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum hari Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! Ia bakal berlangsung pada hari Ahad ini! :) Wehee~ Tak sabarnya! :) Alhamdulillah... Amni sudah ada kawan yang Amni kenal dan pernah jumpa untuk teman Amni di sana nanti! Bukan seorang ya, tapi 3 orang! Wah, Gembiranya! Ehehe.... Siapa mereka berdua? Hurm... Mereka ialah Ammalyn Jasriena dan Alani Fatini! Yahoo~ Actually, Amni kenal dengan Ammalyn ni ketika di Perjumpaan Tahunan AinMaisarah pada tahun lepas! Alhamdulilah... Ammalyn tahun ini juga akan pergi ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! :) Hurm... Alani Fatini pula merupakan jiran Amni ketika di rumah lama Amni dulu... :) Amni baru sahaja tahu yang Alani Fatini, atau lebih mesra dipanggil Nini akan pergi ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah itu hari ini! Wah, gembira betul! :) Lagi seorang ialah kawan baik Amni, that is Irene Rusydyna! Wehee~ BFF Amni yang satu tu al last pergi juga! :) Tak sabar sesangat! :) 

  Oklah! Sampai di sini sahaja AMni berceloteh... Nanti bila sudah habis aktiviti di Perjumpaan Tahunan AinMaisarah... Amni akan cerita semuanya di sini ya... :) In Shaa Allah.. Baiklah, sampai di sini sahaja... Assalamualaikum! :)

Wednesday 28 November 2012

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah!

*Klik Untuk Tumbesaran! :) *
Assalamualaikum semua! :) Wah... pejam celik, pejam celik, hanya tinggal lebih kurang 3 hari sebelum hari Perjumpaan Tahunan AinMaisarah! :) Wah, tidak sabar ni! Hehehe... but, before that, kita mesti sediakan CHECKLIST betul tidak? Tidak lah nanti kita kelam-kabut mahu ingat apa yang kita mahu bawa! :) So... this is MY checklist :-

Checklist untuk ke Perjumpaan Tahunan AinMaisarah

1. Buku Tandatangan
2. Pen (Mesti yang ada dakwat! Jika sudah hendak habis, silalah cari yang lain ya? )
3. Telekung (Mesti bawa! Nanti hendak solat senang, betul tidak? )
4. Duit untuk beli buku... (Itu sudah semestinya wajib! Jika tidak, alamat tidak membeli bukulah jawabnya! :3 )
5. Baju Sukan (Bagi yang datang pakai dress, jubah and etc. . Tapi, kalau hendak bersukan dalam dress atau jubah itu pun tak ada masalah! Amni rasanya hendak bawa baju sukan lah... Bebas sedikit hendak bersukan, betul tidak? ;) )
6. Beg Make-up . (Yang ini tidak wajib sebenarnya! Tapi sudah semestinya wajib bagi kaum Hawa, betul? Sebab sudah semestinya kaum Hawa mahu kelihatan cantik sentiasa! :) )
7. Botol Air ( Bagi Amni wajib! Sebab Amni ni memang kuat minum air! :) )
8. Kamera ( Bagi sesiapa yang mahu mengambil gambar... Amni pun mahu bawa juga! )
9. Telefon Bimbit (Wajib! Supaya senang untuk contact dengan ibubapa jika sudah habis aktiviti atau sudah tersesat! xD )
10. Skrip untuk ujibakat suara (Siap-siap cetak dulu... supaya nanti semasa dalam perjalanan boleh praktis dahulu! :) )

  Baiklah! Rasanya, sepuluh itu sahaja buat sementara ini... Nanti kalau ada apa-apa tambahan, Amni tambah lah... :3 Assalamualaikum ! :)

Monday 26 November 2012

Official MV for Sahabat

Assalamualaikum you guys! Eh, jom tengok video dekat atas ni! Best tau! Ini merupakan music video unutk lagu Sahabat hasil nyanyian NajwaLatif, SyamKamarul & Sleeq. Best sangat! So, kepada semua peminat2 NajwaLatif, SyamKamarul or Sleeq tu, memang wajib tengok! =) So, enjoy ya! :)

Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat!


Di beberapa laman sosial ketika ini, kecoh mengatakan yang penyanyi, Yuna membuka tudung semasa berada di Amerika.
Tetapi jangan salah faham kerana itu semua adalah terjadi secara tidak sengaja.
Sebenarnya tudung Yuna terlucut daripada kepala sewaktu dia sedang melompat untuk merakamkan gambar.
Anda semua pun tahu yang Yuna memang tidak pernah berpisah dengan camera.
Ada saja momen-momen indah yang ingin dirakamnya. Sebab itulah dia dipilih sebagai duta Canon.
Sementara itu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia menjalani satu sesi fotografi di kawasan berpasir dan berangin.
Ketika melakukan lompatan, dengan tidak sengaja tudung Yuna tertanggal sehingga menampakkan rambutnya.
Namun demikian jika diamati pada gambar berkenaan, pakaian Yuna amat berbeza dengan gambar yang pertama dan kedua.
Malah gambar itu tidak langsung menampakkan wajah Yuna.
Tidak pasti sama ada terdapat sesetengah individu yang ingin mensabotaj Yuna atau sebaliknya.
Apa-apa jika benar ia adalah Yuna, diharapkan selepas ini dia akan lebih berhati-hati.



P.S. Jika dilihat betul-betul gambar Yuna dan gambar tudung itu terlucut, gaya kasut, baju amat lain! Malah, gambar Yuna ada jaket diikat dipinggang, tetapi gambar dibawah? ada ke? hurm... tak ada pun, betul tak?

Monday 19 November 2012

Tahniah buat Diana & Farid Kamil!

Assalamualaikum korang! Wah, baru beberapa minggu lalu mereka berkahwin, kini, sudah disahkan mengandung? Hurm... Cepat juga ya! >_<

  Baru sahaja tadi, Diana Danielle mengumumkan melalui Twitter yang dia disahlan secara tidak rasmi bahawa di sudah mengandung. Nak tengok tak gambar dia? ha... meh sini, dekatkan sikit muka tu dengan skrin ni... dekat lagi, dekat lagi.. Ha.. okay, meh tengok!

Wah.. nampak tak, nampak tak? ;) Okay, ada lagi tau...

Ha... mesti diaorang berdua tengah senyum sampai ke telinga ni... Insya Allah, nanti, mesti kita dapat tengok anak Diana & Farid yang mesti comel tu! ^__^ okay lah, Amni nak cari info lagi, so, Amni stop samapi di sini dahulu.. But, before that, I wanna wish to Diana & Farid Congrats! ^__^ Dapatkan anak yang comel tau! =) Assalamualaikum! <3

Thursday 1 November 2012

Dalam Hati ada Taman!


Assalamualaikum semua! Apa khabar? ^__^ Okay, siapa minat Randy Pangalila or Elfira Loy? Mesti korang tak akan terlepas nak tengok cerita Dalam Hati ada Taman, bukan?

  Para pelakon yang telah bekerjasama untuk menjayakan drama ini ialah :- Randy Pangalila, Elfira Loy, Amy Mastura, Hanez Suraya, Amar Asyraf, Didie Alias, Sharifah Sakina, Liza Abdullah, Faizal Hussien & ramai lagi.

Sinopsis cerita Dalam Hati ada Taman :-
  Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella(Elfira) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja kecuali menjual diri agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna.  Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea(Hanez Suraya).
Ha... korang semua mesti tengok cerita ini ya! Best tau! ^__^ Oklah, Assalamualaikum =) 

Tuesday 30 October 2012

Ujibakat AUDIOBOOK!

Assalamualaikum semua! ^__^ Ha... cuba korang tengok video dekat atas tu... Korang tahu tak video ni mengenai apa? Okay, firstly, Amni nak tanya ni, korang ni kenal tak penulis remaja terkenal masa kini, Ain Maisarah? Actually, Amni ni kira peminat setia Kak Ain jugalah... ^_^ Siapa AinMaisarah? Haish, takkan korang tak kenal kot? Ni, kalau korang tak kenal dia, korang boleh pergi sini untuk mengenali AinMaisarah dengan lebih dekat =) ----> FanPage Rasmi AinMaisarah . Korang pun boleh pergi ke blog AinMaisarah untuk mengenali AinMaisarah ye... ---> Rumah Pink AinMaisarah . Korang pun boleh pergi ke kedai buku Popular atau MPH untuk membeli novel-novel yang ditulis oleh AinMaisarah! Best tau novel-novel dia! Meletup gitu~!

OKlah, back to the topic ya. Sebenarnya, Amni letak video ni sebab BlinkBook, iaitu syarikat pengeluaran buku AinMaisarah nak keluarkan AudioBook. (Kepada sesiapa yang tak tahu apa itu AudioBook, sila rujuk kepada video di atas ya! ) Anyway, sebenarnya syarat nak masuk video ni mesti ada intonasi bercerita yang baik, Pitch yang sesuai yang boleh menghayati watak itu dengan baik. Bagi yang berminat tu, mesti berumur dikalangan 10 hingga 17 tahun sahaja ya! Mana yang berumur 18+ tu tidak boleh ya!

Amni sebenarnya berminat nak masuk pertandingan ni. Kenapa? Sebab Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat ni... (ceh, perasan! >_<)  Kenapa Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat tu? Sebab Amni dulu pernah masuk pertandingan bercerita. And Amni dapat No.4, so sebab tulah Amni rasa Amni sesuai nak masuk ujibakat tu. Lagipun, ujibakat tu kan macam bercerita juga. Cuma ujibakat ni tak perlu nak kejar masa macam bercerita =) Lagipun, kalau terpiih, dapat ganjaran tau! Apa ganjarannya? Ish, ish, ish... tak kan tak tahu? Of Courselah "Ka Ching, Ka Ching!" hahaha... Duitlah! Dapat gaji! Memang terbaiklah! ^__^ So, kepada sesiapa yang berminat tu, apa tunggu lagi, cepat-cepatlah buat video tu dan upload ke dalam Youtube or Fanpage Official AinMaisarah! PERINGATAN! sebelum upload video korang tu, mesti pastikan page yang korang nak upload video tu merupakan Fanpage RASMI AinMaisarah ya!  Ini rupa Fanpage RASMI AinMaisarah ---->


Oklah, Amni nak pergi buat video tu. ^_^ Goo Luck kepada sesiapa yang nak masuk ya.. May the best person win! <3 Assalamualaikum ... =)

Friday 26 October 2012

Tersalah Cinta, telemovie special Aidiladha.

 Assalamualaikum semua~ OK, Amni nak tanya sikit, siapa sekarang ni tengah tengok cerita "Tersalah Cinta" di TV3? Untuk pengetahuan semua, cerita "Tersalah Cinta" ni sebenarnya sambungan untuk cerita "Oh, Haram!" =) Sebenarnya, masa Amni mula-mula tengok cerita, Amni tengok biasa-biasa je. Tapi bila lama sikit, Amni terus macam terlekat terus dekat situ.

  Pelakon utama dalam cerita ni ialah Nazim Othman, Aqasha, Neelofa, Johan Asari and Rita Rudaini. =) Nak tahu sinopsisnya? Silakan baca ya... =) 

Sinopsis Tersalah Cinta :-

Rahimi (Aqasha) bekerja sebagai mutawif di sebuah agensi umrah.Isterinya Farhana sedang sarat mengandung. Rombongan umrah kali ini menguji keimanan Rahimi di mana dia digoda gadis bernama Cinta (Neelofa)  yang menyertai rombongan selepas putus tunang, Zahren (Nazim Othman) adalah seorang pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Mekah untuk bercuti. Mampukan Rahimi menahan diri daripada digoda oleh Cinta. 

Kepada yang belum tengok tu, mesti tengok! Sure boleh buat korang ketawa terkekek! Amni ketawa disebabkan gelagat Neelofa panggil Aqasha dengan panggilan Uxtaz dengan penuh menggoda... And also gelagat Johan Asari yang memang betul-betul kelakar lah! Not to forget, Gelagat Nazim Othman yang berlagak cool tapi sebenarnya clueless... memang terbaik~! =) Aqasha pun kelakar sangat! Sikit-sikit, Haram! Sikit-sikit Haram! Bahkan anaknya nak dengar lagu Selena Gomez pun dia kata "Haram!" ! Biar betul dia ni...?! o_0  OKlah, Amni nak enjoy cerita ni dulu ya! Assalamualaikum semua! ^___^ 

Hari Raya Aidiladha =)

Assalamualaikum semua! Amni nak tanya sikit, korang semua Raya Aidiladha ni ada pergi mana-mana tak? =) Mesti ada yang balik kampung kan? Best lah korang... Amni tak dapat nak balik kampung sebab papa Amni ada seminar dekat KL sampai hari Khamis hari tu. Jadi, Amni tak dapat nak travel balik JB... huhuhu.. Tapi, at least Amni dapat pergi KL, jumpa dengan family Mak Long =) . Lagi best sebab anak saudara Amni, iaitu Noah Rizq ada sekali tau! Comel sangat dia tu! Yang gambar dekat atas tu lah Noah Rizq atau kitaorang panggil dia Abang Noah! ^__^

 Comel kan? Amni tahu... Hahaha... Noah kan, dia suka sangat terbeliakkan mata dia. Tadi masa Amni datang, dia tengah mengantuk, tapi dia tetap terbeliak kan mata dia... COMEL sangat! ^___^





Comel bukan? oklah... Amni undur diri dulu ya! Assalamualaikum semua! ;)

Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum semua! ;) Apa khabar? OK, Amni nak tanya sikit ni. Korang semua mesti dah ambil Peperiksaan Akhir Tahun, betul tak? Ada tu dah dapat keputusan dah, betul tak?
  Mana yang dah dapat keputusan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) tu, Seppp sikit! Ha... Amni pun dah dapat keputusan PAT Amni. Markahnya tu, nak kata memuaskan tu taklah, tapi Alhamdulillah, markah Science Cina Amni nak bertambah bagus. Dulu, markah Science Cina Amni 80% or lebih. Malah, kadang-kadang 70% lebih! Teruk kan? Tapi kali ni, Amni dapat 96%! WOW! Tapi, ada juga budak yang dapat 100% sebab peperiksaan Science Cina kali ini senang sangat! Tapi tulah, Amni cuai. Kalau tak, Amni mesti dah dapat 100% dah... =(
  Anyway, Amni peperiksaan akhir tahun dapat No.4 dalam kelas! Alhamdulillah... =) Tapi sebenarnya, yang lagi menggembirakan ialah, Amni dapat No. 39 seluruh darjah. Insyaallah , kalau tahun depan sekolah Amni tak ada buat apa-apa perubahan, Amni dapat masuk kelas 6P, iaitu kelas No.1 di sekolah Amni! Wah, bangganya! >__<

OKlah... setakat ini sahaja Amni berceloteh ya! =) Jumpa lagi di dalam post yang akan datang! ^___^ Assalamualaikum ...

Tuesday 23 October 2012

Random Giveaway by Anis!

  Assalamualaikum semua! Wah! Blog ni ada buat Random Giveaway lah! Bestnya! o_0 Okay, sebenarnya, Amni nak join tau GA ni. Kenapa? Sebab hadiah nya banyak! o_0 Siapa yang buat GA ni? Orang yang Buat GA ni ialah Cik Puan Anis Najiha . =) Kalau korang semua nak join, jemputlah ke blog Anis sendiri untuk tengok syarat-syaratnya dan hadiah nya ya! ;)  Oklah, Amni tulislah ya apa syarat-syaratnya dan hadiahnya ya! ;)


Syarat-syarat nak join :

1. Warganegara Malaysia. Kalau Afrika ke, Negrito ke, Amirikaaa ke, Brazil ke tak akan dilayan ! xp

2. Mempunyai blog dan akaun Facebook.

3. Wajib follow and like penganjur dan sponsor

4. Wajib like comment Anis di sini lah

5. Buat entry bertajuk " Random Giveaway "

6. Tempekkan banner di entry dn sidebar

7. Tinggalkan link di kotak komen atau di  sini lah !

Senarai Sponsor dan hadiah

LOMO=Cute Catch like page
MHB ID for 1 year=Miraa Hussin like page
Purse or=Branded Bag Outlet like page 
1 rantai buah + rantai=Jaja Sutera like page|like page|follow|follow
Baucer rm5=Ria Lovely Style like page 
Topup rm5X2,Doodle2=Leya Casandra klik
Shawl=Butikpinkku like page 
Topup rm5,tudung=Koleksi Dhurah like page 
Hadiah Misteri= Iera Nad
Header BersambungX3=Anis Najiha
Headerx3,watermarkx2=Fatimah Azzarah


OKlah... Selamat Membaca ya! ;) Assalamualaikum semua!

Sunday 21 October 2012

Simple Header 1

Assalamualaikum semua! Hari ini Amni ingin bagi header percuma untuk semua~! Dah siap transparent ya! Harap korang semua suka!


Cantik tak? Amni tahu tak cantik sangat! Itupun Amni baru belajar lagi... Nanti Amni bagi freebies lagi ye! Assalamualaikum~!