Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts

Monday, 26 November 2012

Tudung Yuna Terlucut Sewaktu Melompat!


Di beberapa laman sosial ketika ini, kecoh mengatakan yang penyanyi, Yuna membuka tudung semasa berada di Amerika.
Tetapi jangan salah faham kerana itu semua adalah terjadi secara tidak sengaja.
Sebenarnya tudung Yuna terlucut daripada kepala sewaktu dia sedang melompat untuk merakamkan gambar.
Anda semua pun tahu yang Yuna memang tidak pernah berpisah dengan camera.
Ada saja momen-momen indah yang ingin dirakamnya. Sebab itulah dia dipilih sebagai duta Canon.
Sementara itu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia menjalani satu sesi fotografi di kawasan berpasir dan berangin.
Ketika melakukan lompatan, dengan tidak sengaja tudung Yuna tertanggal sehingga menampakkan rambutnya.
Namun demikian jika diamati pada gambar berkenaan, pakaian Yuna amat berbeza dengan gambar yang pertama dan kedua.
Malah gambar itu tidak langsung menampakkan wajah Yuna.
Tidak pasti sama ada terdapat sesetengah individu yang ingin mensabotaj Yuna atau sebaliknya.
Apa-apa jika benar ia adalah Yuna, diharapkan selepas ini dia akan lebih berhati-hati.



P.S. Jika dilihat betul-betul gambar Yuna dan gambar tudung itu terlucut, gaya kasut, baju amat lain! Malah, gambar Yuna ada jaket diikat dipinggang, tetapi gambar dibawah? ada ke? hurm... tak ada pun, betul tak?

Thursday, 18 October 2012

Eunjung saman produser Five Fingers!

Assalamualaikum semua~! Hmm... Amni nak tanya sikit ni...Korang semua kenal tak gambar siapa yang Amni letak ni? Hmm, Amni rasa kepada sesiapa yang minat K-pop tu mesti kenal, betul tak? Kepada sesiapa yang tak kenal siapa dia ni, tak apa, biar Amni kenal kan. Dia ni Eunjung, salah satu anggota T-ara. Sebenarnya, Amni ni bukan lah minat sangat dengan K-pop ni. Cuma sebenarnya Amni terlihat tajuk ni dekat surat khabar :- "Eunjung saman produser Five Fingers." ... Masa Amni baca ni, terus Amni rasa tajuk ni sesuai untuk dijadikan tajuk post terbaru untuk TheBloggie. So, ceritanya macam ni...

Amni pasti semua peminat K-drama sudah sedia maklum mengenai anggota T-ara, Eunjung digugurkan daripada drama SBS, Five Fingers walaupun difahamkan sudah menghadiri sesi membaca skrip dan sidang akhbar memperkenalkannya sebagai pemegang utama wanita.

  Pengguguran Eunjung daripada drama itu dipercayai ada kaitan dengan kontervesi pengguguran penyanyi rap T-ara, Hwayong daripada kumpulan tersebut yang turut dikaitkan dengan isu buli.

  Difahamkan Eunjung cukup tertekan dengan pihak penerbitan drama tersebut menggugurkannya tanpa notis awal. Justeru, tidak hairanlah apabila artis itu baru-baru ini memfailkan saman terhadap produser drama tersebut.

  "Kita mengambil keputusan memfailkan saman kerana pengguguran Eunjung daripada Five Fingers pada Ogos lalu. Ia bukan soal wang, namun yang lebih penting adalah memulihkan reputasi Eunjung dan mendapatkan gantirugi atas kredibilitinya yang terjejas," ujar agensinya, Core Contents Media (CCM) kepada My Daily.

  Tambah CCM: "Eunjung sudah cukup terluka denga kontroversi yang melanda T-ara dan penggugurannya daripada drama ini memburukkan lagi kenderaan. Dia telah berlakon sejak kecil dan tidak pernah menghadapi keadaan seumpama ini sebelumnya. Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang dan mengembalikan reputasi Eunjung, kita memutuskan untuk menyaman pihak terlibat."

  Difahamkan Persatuan Selebriti Korea turut menyokong tindakan Eunjung dan memantau keadaan. Eunjung  sepatutnya menjalani penggambaran drama itu pada 22 Ogos, tetapi tiba-tiba dia digugurkan tanpa sebarang notis. Wataknya kemudian digantikan oleh heroin Bridal Mask, Jin Se Yeon.

  OKlah... sampai di sini sahaja Amni berceloteh. Nanti Amni cerita lagi ya? Tapi mengenai benda lain lah pulak~! ;) Assalamualaikum~! <3