Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, 26 November 2012

Official MV for Sahabat

Assalamualaikum you guys! Eh, jom tengok video dekat atas ni! Best tau! Ini merupakan music video unutk lagu Sahabat hasil nyanyian NajwaLatif, SyamKamarul & Sleeq. Best sangat! So, kepada semua peminat2 NajwaLatif, SyamKamarul or Sleeq tu, memang wajib tengok! =) So, enjoy ya! :)

Monday, 19 November 2012

Tahniah buat Diana & Farid Kamil!

Assalamualaikum korang! Wah, baru beberapa minggu lalu mereka berkahwin, kini, sudah disahkan mengandung? Hurm... Cepat juga ya! >_<

  Baru sahaja tadi, Diana Danielle mengumumkan melalui Twitter yang dia disahlan secara tidak rasmi bahawa di sudah mengandung. Nak tengok tak gambar dia? ha... meh sini, dekatkan sikit muka tu dengan skrin ni... dekat lagi, dekat lagi.. Ha.. okay, meh tengok!

Wah.. nampak tak, nampak tak? ;) Okay, ada lagi tau...

Ha... mesti diaorang berdua tengah senyum sampai ke telinga ni... Insya Allah, nanti, mesti kita dapat tengok anak Diana & Farid yang mesti comel tu! ^__^ okay lah, Amni nak cari info lagi, so, Amni stop samapi di sini dahulu.. But, before that, I wanna wish to Diana & Farid Congrats! ^__^ Dapatkan anak yang comel tau! =) Assalamualaikum! <3

Friday, 26 October 2012

Tersalah Cinta, telemovie special Aidiladha.

 Assalamualaikum semua~ OK, Amni nak tanya sikit, siapa sekarang ni tengah tengok cerita "Tersalah Cinta" di TV3? Untuk pengetahuan semua, cerita "Tersalah Cinta" ni sebenarnya sambungan untuk cerita "Oh, Haram!" =) Sebenarnya, masa Amni mula-mula tengok cerita, Amni tengok biasa-biasa je. Tapi bila lama sikit, Amni terus macam terlekat terus dekat situ.

  Pelakon utama dalam cerita ni ialah Nazim Othman, Aqasha, Neelofa, Johan Asari and Rita Rudaini. =) Nak tahu sinopsisnya? Silakan baca ya... =) 

Sinopsis Tersalah Cinta :-

Rahimi (Aqasha) bekerja sebagai mutawif di sebuah agensi umrah.Isterinya Farhana sedang sarat mengandung. Rombongan umrah kali ini menguji keimanan Rahimi di mana dia digoda gadis bernama Cinta (Neelofa)  yang menyertai rombongan selepas putus tunang, Zahren (Nazim Othman) adalah seorang pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Mekah untuk bercuti. Mampukan Rahimi menahan diri daripada digoda oleh Cinta. 

Kepada yang belum tengok tu, mesti tengok! Sure boleh buat korang ketawa terkekek! Amni ketawa disebabkan gelagat Neelofa panggil Aqasha dengan panggilan Uxtaz dengan penuh menggoda... And also gelagat Johan Asari yang memang betul-betul kelakar lah! Not to forget, Gelagat Nazim Othman yang berlagak cool tapi sebenarnya clueless... memang terbaik~! =) Aqasha pun kelakar sangat! Sikit-sikit, Haram! Sikit-sikit Haram! Bahkan anaknya nak dengar lagu Selena Gomez pun dia kata "Haram!" ! Biar betul dia ni...?! o_0  OKlah, Amni nak enjoy cerita ni dulu ya! Assalamualaikum semua! ^___^ 

Sunday, 21 October 2012

IU pernah gagal 20 uji bakat sebelum popular!

Assalamualaikum semua! Hari ini, Amni ingin bercerita mengenai IU yang sekarang ni boleh tahan popular juga! Sebenarnya, korang tahu tak yang IU sebeum popular pernah gagal dalam 20 uji bakat! WOW! o_0 OKlah, kepada para peminat IU, Amni nak kongsikan sedikit mengenai IU ya! Sila duduk diam-diam di hadapan skrin komputer atau laptop anda dan baca! ^___^

Mini Biodata:-
Nama:- Lee Ji Eun
Nama Pentas:- IU
Tarikh Lahir:- 16 May 1993
Tempat Lahir:- Seoul, Korea
Kerjaya:- Penyanyi dan pelakon
Tinggi:- 165 cm
Berat:- 47kg (WOW! 47kg je? Amni darjah 5 pun sudah 40 kg! Ops... terlepas pula... ehehe... o_0 )

Trivia:-
1) Lee Ji Eun atau lebih dikenali sebagai IU adalah artis yang sangat berbakat dan mula terlibat dalam bidang seni sejak dari tahun 2008.
2) Kerjayanya bermula sebagai penyanyi dan album 'Lost and Found' adalah 'buah hati' pertama untuk peminatnya.
3) Nama IU diambil dari singkat 'I' dan 'You' yang membawa maksud kita boleh bersatu melalui muzik.
4) IU mula menjinakkan diri dengan bidang lakonan dengan membintangi beberapa drama seperti Dream High dan Welcome to the Show.
5) Tahun 2012 menyaksikan IU berlakon dalam drama Dream High 2.
6) 'Missing Child' adalah lagu daripada album pertama yang melonjakkan nama IU di persada seni hiburan.
7) Pernah menjadi jurucakap untuk beberapa jenama seperti Guess, Samsung dan The Saem.
8) Dipilih menjadi DJ sambilan selama dua minggu bersama Ahli kumpula B2ST, Doojuoon.
9) Dalam drama Dream High, IU memegang watak sebagai Kim Pil Suk.
10) IU mengakui dia merupakan seorang yang pemalu namun semuanya hilang sebaik berada di atas pentas.

OKlah, ni, Amni nak kongsikan sedikit gambar-gamabr IU yang Amni pinjam dari Encik Google & Puan Tumblr ^__^ Enjoy~!




OKlah! Assalamualaikum semua! Jumpa lagi dalam post yang akan datang ya! ^___^

Thursday, 18 October 2012

Shila Amzah cantik bertudung~!

Assalamualaikum semua~! Hmm, Amni nak tanya sikit, korang semua kenal tak siapa wanita di dalam gamabar di atas tu? Kepada sesiapa yang tidak kenal, dia lah Shila Amzah! Dia telah berjaya mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan memenangi pertandingan Asian Wave baru-baru ini di ShangHai, China. Tetapi, untuk post kali ini, Amni sebenarnya ingin berkongsi sedikit gambar Shila Amzah yang manis bertudung. Dia yang baru sahaja bertudung pada bulan Ramadhan yang lalu, sudah pandai menggayakan hijab dengan gaya yang cantik. Simple but beautiful. =)









  Cantik bukan Kak Shila Amzah ni? Kalau sebelum bertudung dia dah cantik, bila dah bertudung mesti teramat cantik, betul tak? Anyway, to Kak Shila, congratz ya sebab menang pertandingan Asian Wave~ Shilalas always~! Hahaha... OKlah.. Assalamualaikum semua!

Picture Credits to :- Facepage Official Shila Amzah

Eunjung saman produser Five Fingers!

Assalamualaikum semua~! Hmm... Amni nak tanya sikit ni...Korang semua kenal tak gambar siapa yang Amni letak ni? Hmm, Amni rasa kepada sesiapa yang minat K-pop tu mesti kenal, betul tak? Kepada sesiapa yang tak kenal siapa dia ni, tak apa, biar Amni kenal kan. Dia ni Eunjung, salah satu anggota T-ara. Sebenarnya, Amni ni bukan lah minat sangat dengan K-pop ni. Cuma sebenarnya Amni terlihat tajuk ni dekat surat khabar :- "Eunjung saman produser Five Fingers." ... Masa Amni baca ni, terus Amni rasa tajuk ni sesuai untuk dijadikan tajuk post terbaru untuk TheBloggie. So, ceritanya macam ni...

Amni pasti semua peminat K-drama sudah sedia maklum mengenai anggota T-ara, Eunjung digugurkan daripada drama SBS, Five Fingers walaupun difahamkan sudah menghadiri sesi membaca skrip dan sidang akhbar memperkenalkannya sebagai pemegang utama wanita.

  Pengguguran Eunjung daripada drama itu dipercayai ada kaitan dengan kontervesi pengguguran penyanyi rap T-ara, Hwayong daripada kumpulan tersebut yang turut dikaitkan dengan isu buli.

  Difahamkan Eunjung cukup tertekan dengan pihak penerbitan drama tersebut menggugurkannya tanpa notis awal. Justeru, tidak hairanlah apabila artis itu baru-baru ini memfailkan saman terhadap produser drama tersebut.

  "Kita mengambil keputusan memfailkan saman kerana pengguguran Eunjung daripada Five Fingers pada Ogos lalu. Ia bukan soal wang, namun yang lebih penting adalah memulihkan reputasi Eunjung dan mendapatkan gantirugi atas kredibilitinya yang terjejas," ujar agensinya, Core Contents Media (CCM) kepada My Daily.

  Tambah CCM: "Eunjung sudah cukup terluka denga kontroversi yang melanda T-ara dan penggugurannya daripada drama ini memburukkan lagi kenderaan. Dia telah berlakon sejak kecil dan tidak pernah menghadapi keadaan seumpama ini sebelumnya. Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang dan mengembalikan reputasi Eunjung, kita memutuskan untuk menyaman pihak terlibat."

  Difahamkan Persatuan Selebriti Korea turut menyokong tindakan Eunjung dan memantau keadaan. Eunjung  sepatutnya menjalani penggambaran drama itu pada 22 Ogos, tetapi tiba-tiba dia digugurkan tanpa sebarang notis. Wataknya kemudian digantikan oleh heroin Bridal Mask, Jin Se Yeon.

  OKlah... sampai di sini sahaja Amni berceloteh. Nanti Amni cerita lagi ya? Tapi mengenai benda lain lah pulak~! ;) Assalamualaikum~! <3