Friday 26 October 2012

Tersalah Cinta, telemovie special Aidiladha.

 Assalamualaikum semua~ OK, Amni nak tanya sikit, siapa sekarang ni tengah tengok cerita "Tersalah Cinta" di TV3? Untuk pengetahuan semua, cerita "Tersalah Cinta" ni sebenarnya sambungan untuk cerita "Oh, Haram!" =) Sebenarnya, masa Amni mula-mula tengok cerita, Amni tengok biasa-biasa je. Tapi bila lama sikit, Amni terus macam terlekat terus dekat situ.

  Pelakon utama dalam cerita ni ialah Nazim Othman, Aqasha, Neelofa, Johan Asari and Rita Rudaini. =) Nak tahu sinopsisnya? Silakan baca ya... =) 

Sinopsis Tersalah Cinta :-

Rahimi (Aqasha) bekerja sebagai mutawif di sebuah agensi umrah.Isterinya Farhana sedang sarat mengandung. Rombongan umrah kali ini menguji keimanan Rahimi di mana dia digoda gadis bernama Cinta (Neelofa)  yang menyertai rombongan selepas putus tunang, Zahren (Nazim Othman) adalah seorang pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Mekah untuk bercuti. Mampukan Rahimi menahan diri daripada digoda oleh Cinta. 

Kepada yang belum tengok tu, mesti tengok! Sure boleh buat korang ketawa terkekek! Amni ketawa disebabkan gelagat Neelofa panggil Aqasha dengan panggilan Uxtaz dengan penuh menggoda... And also gelagat Johan Asari yang memang betul-betul kelakar lah! Not to forget, Gelagat Nazim Othman yang berlagak cool tapi sebenarnya clueless... memang terbaik~! =) Aqasha pun kelakar sangat! Sikit-sikit, Haram! Sikit-sikit Haram! Bahkan anaknya nak dengar lagu Selena Gomez pun dia kata "Haram!" ! Biar betul dia ni...?! o_0  OKlah, Amni nak enjoy cerita ni dulu ya! Assalamualaikum semua! ^___^ 

1 comment:

  1. Waalaikumsalam. Huhu. Awak terbitkan blog ni ngam2 tarikh lahir saya huhu. Ok berbalik pada cerita telemovie Tersalah cinta ni, memang best giler tengok. Terhibur..berair air mata gelakkan Watak Johan Asari. Ohya.. cerita Oh haram tu mungkin sya dah tgok tu .tapi rasa nk tgok lagi lah. Suka tengok Aqasha jadi org alim. Hahaha

    ReplyDelete