Friday 26 October 2012

Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum semua! ;) Apa khabar? OK, Amni nak tanya sikit ni. Korang semua mesti dah ambil Peperiksaan Akhir Tahun, betul tak? Ada tu dah dapat keputusan dah, betul tak?
  Mana yang dah dapat keputusan PAT (Peperiksaan Akhir Tahun) tu, Seppp sikit! Ha... Amni pun dah dapat keputusan PAT Amni. Markahnya tu, nak kata memuaskan tu taklah, tapi Alhamdulillah, markah Science Cina Amni nak bertambah bagus. Dulu, markah Science Cina Amni 80% or lebih. Malah, kadang-kadang 70% lebih! Teruk kan? Tapi kali ni, Amni dapat 96%! WOW! Tapi, ada juga budak yang dapat 100% sebab peperiksaan Science Cina kali ini senang sangat! Tapi tulah, Amni cuai. Kalau tak, Amni mesti dah dapat 100% dah... =(
  Anyway, Amni peperiksaan akhir tahun dapat No.4 dalam kelas! Alhamdulillah... =) Tapi sebenarnya, yang lagi menggembirakan ialah, Amni dapat No. 39 seluruh darjah. Insyaallah , kalau tahun depan sekolah Amni tak ada buat apa-apa perubahan, Amni dapat masuk kelas 6P, iaitu kelas No.1 di sekolah Amni! Wah, bangganya! >__<

OKlah... setakat ini sahaja Amni berceloteh ya! =) Jumpa lagi di dalam post yang akan datang! ^___^ Assalamualaikum ...

No comments:

Post a Comment